4×4 garang ini rupanya ‘made in Malaysia’, Agong siap bagi nama lagi

Oleh MHDAILY

4×4 garang ini rupanya ‘made in Malaysia’, Agong siap bagi nama lagi. Rentaka adalah nama diberi oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (HMAV 4×4) yang dikeluarkan Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef).

Ia kenderaan HMAV 4×4 kedua negara selepas Tarantula dilancarkan tahun lalu yang berupaya digunakan pihak keselamatan khususnya ketika rusuhan selain mampu berperanan sebagai kenderaan penting ketika kecemasan.

Ketua Perolehan Mildef, Mohd Ruhaizat Mohd Din, berkata kenderaan itu berpotensi untuk dijadikan sebagai kenderaan penting agensi penguatkuasaan negara kerana kemampuan dan saiznya yang bersesuaian.

Baca Artikel Penuh