4 jam beratur di PPV Johor untuk dapat suntikan vaksin

Oleh MHDAILY

4 jam beratur di PPV Johor untuk dapat suntikan vaksin.Dipaksa beratur di bawah terik matahari dan tanpa perlindungan apabila hujan turun. Mereka juga berbaris sejauh lebih satu kilometer dan ada yang menunggu sehingga empat jam untuk memperolehi suntikan vaksin.

Begitulah keadaan kelam kabut dan tidak teratur yang dilaporkan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini.

Ia menimbulkan kemarahan dan rasa kecewa ribuan orang yang hadir untuk temujanji suntikan vaksin mereka, termasuk warga tua berkerusi roda yang turut menempuhi pengalaman perit itu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Saif berkata, dia perlu menunggu hingga empat jam untuk mendapatkan dos kedua, satu pengalaman yang tidak akan dilaluinya lagi.

“Temujanji jam 2.30 petang, sampai dalam 1.45 tengah hari, tapi ‘stuck’ sampai dekat pukul 3 petang,” katanya kepada FMT. “Pukul 6.20 baru (vaksinasi) ‘settle,”

Dia berasa kasihan pada orang-orang tua yang datang untuk mendapatkan suntikan mereka mereka dan mengatakan bahawa mereka kelihatan tidak selesa bersesak dan beratur panjang.

Ia ditambah pula dengan percampuran golongan berusia dan golongan muda antara penerima vaksin.

Saif menggunakan Twitter untuk meluahkan kekecewaan dengan berkongsi tanda dengan jawatankuasa khas jaminan akses bekalan vaksin Covid-19 (JKJAV) dan menteri vaksin Khairy Jamaluddin dalam ciapannya untuk menunjukkan keadaan tersebut.

 beratur

BACA JUGA : Panas !!! Portal lapor Muhyiddin dapat sokongan 20 MP PH

“Apa benda menyusahkan orang tua beratur panjang lama-lama @JKJAVMY. Kalau macam tu baik tak payah bagi waktu. Ni mendedahkan lagi orang tua untuk kena jangkitan.”

Dia juga mempersoalkan apa gunanya diwujudkan sistem temujanji MySejahtera jika orang ramai terpaksa berbaris berjam-jam, seolah-olah sengaja menyuruh orang ramai untuk terkena jangkitan Covid-19.

“Kau tengoklah ni, mana aku tak angin yang pakcik makcik dah tua tua pakai kerusi roda semua pun kena sidai macam ni,” katanya dalam satu hantarannya bersama klip video.

Dia yang akhirnya mendapat vaksin empat jam kemudian berkata dia diberitahu oleh salah seorang petugas PPV berkenaan bahawa mereka baharu saja menerima stok vaksin dan mensasarkan 10,000 dos sehari.

“Tapi yang bebal dah tahu Persada tu kecik pergi sumbat semua kat situ. Mall banyak-banyak kat JB nak jadi apa?”, soalnya

Seorang warga Johor yang lain, Delaney, tiba pada jam 3.30 petang untuk membawa ibu bapanya untuk menerima vaksin dengan temujanji ibunya dijadualkan pada jam 4.30 petang dan bapanya pada jam 5 petang. Namun sehingga menjelang malam ibunya masih menunggu giliran untuk diberi vaksin.

“Dari jalan sampai ke pintu masuk, tidak ada SOP. Hanya di dalam, mereka mengikuti SOP. Saya rasa anggota Rela yang menjaga tidak dapat mengawal orang ramai, ” katanya kepada FMT.

Selepas membuat hantaran di Facebook, Delaney berkata beberapa rakannya telah memberi komen bahawa PPV berkenaan sesak seperti semalam.

FMT telah menghubungi kementerian sains, teknologi dan inovasi untuk memberi komen.

Sementara itu, koordinator PPV Zainal Eran berkata kesesakan adalah disebabkan PPV berkenaan menerima 2,000 temujanji tambahan membabitkan pihak berkuasa persekutuan sedangkan kapasiti harian adalah sebanyak 6,000 .

PPV itu yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 9 malam, hanya menerima temujanji dan suntikan melalui ‘walk-in’ masih belum tersedia.

Beliau berkata, peningkatan jumlah temujanji secara tiba-tiba disebabkan oleh lebihan vaksin AstraZeneca, sambil menambah bahawa keadaan hujan mengakibatkan orang yang berbaris bergegas ke khemah untuk berteduh.

Tidak ada kakitangan tambahan yang dikerahkan untuk membantu melancarkan temujanji tambahan dengan hanya 420 pekerja yang hadir.

Polis akhirnya datang membantu mengawal orang ramai, dengan hanya mereka yang hadir temujanji satu jam lebih awal dibenarkan memasuki PPV.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/12/penantian-seksa-beratur-4-jam-di-bawah-panas-matahari-hujan-di-ppv-johor/

BACA: Gempar !!! Tembakan di kem TUDM, 3 anggota tentera dilapor maut