33.7 peratus kes positif harian Covid-19 libatkan individu lengkap vaksin

Oleh MHDAILY

33.7 peratus kes positif harian Covid-19 libatkan individu lengkap vaksin.Sebanyak 66.3 peratus atau 13,519 kes daripada jumlah keseluruhan 20,396 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini didapati tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksin COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata inidividu tidak lengkap vaksin terdiri daripada mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua.

“Sebanyak 6,877 kes atau 33.7 peratus pula mempunyai sejarah vaksinasi lengkap, dengan 6,795 daripadanya berada pada kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua bergejala ringan.

Baca Artikel Penuh