31 sebab mengapa anda tidak layak dapat BKM 2022

31 sebab mengapa anda tidak layak dapat BKM 2022. 31 Kategori Alasan dan Sebab Tidak Layak BKM 2022 termasuk duplikasi permohonan dan jika ada ssm untuk sebab tertentu tak dapat.

Ramai yang bertanya kepada kami, adakah kami layak untuk dapat duit bkm 2022 kali ini? Ada sahaja persoalan yang diutarakan kepada kami termasuk yang gagal kredit ke akaun mereka baru-baru ini. Bagi memudahkan anda melakukan semakan samada anda termasuk dalam senarai bkm tidak layak dan lulus untuk tahun 2022, boleh semak senarai di bawah ini.

31 sebab mengapa anda tidak layak dapat BKM 2022

Ia bagi memastikan jika benar anda layak, anda sama sekali tidak melakukan kesilapan.

Senarai 36 Kumpulan Tidak Layak BKM 2022

Boleh semak senarai di bawah ini untuk rujukan anda antara alasan tidak lulus dan sebab tak dapat bkm.

1) ANDA merupakan seorang warga asing yang tiada MYPR atau MYKAS atau pendatang tanpa izin PATI.

2) ANDA berumur bawah 21 tahun atau 60 tahun dan ke atas (untuk anda yang masih ada pasangan dan mempunyai anak).

3) ANDA merupakan seorang ibu tunggal atau janda tunggal berumur bawah 60 tahun dan TIDAK ada anak sendiri.

4) ANDA merupakan seorang bapa tunggal atau duda yang masih berumur bawah 60 tahun dan TIDAK ada anak sendiri.

5) ANDA sekarang ini sedang berkelana dan tinggal di luar negara (oversea) samada sedang belajar atau bekerja di sana.

6) ANDA berkahwin dengan warga asing tetapi masih lagi tiada anak kandung yang ada MYKID atau MYKAD.

7) ANDA ada ssm tidak layak bkm yang mana merupakan pemilik untuk 2 atau lebih daripada itu syarikat Enterprise atau pemilikan tunggal (sole proprietor).

8) ANDA tidak layak bkm kerana mempunyai syarikat SDN BHD dengan ssm dan anda adalah salah seorang daripada pemilik syarikat Sendirian Berhad.

9) ANDA ada beli dan memiliki rumah, kedai yang bernilai lebih RM500 ribu.

10) ANDA merupakan pemilik motosikal berkuasa tinggi yang lebih daripada 500cc.

11) ANDA ada kereta import 1400cc atau lebih daripada itu.

12) ANDA memiliki kereta Malaysia 2000 cc atau lebih daripada itu.

13) ANDA merupakan seorang yang memegang status OKU di Malaysia tetapi masih lagi nama anda tidak tersenarai dalam bantuan e-bantuan JKM.

15) ANDA tidak sertakan dokumen yang lengkap seperti.

  • sijil perkahwinan
  • bukti sahih anda telah tamatkan sijil ssm anda
  • bukti dokumen anda memang tinggal di Malaysia walaupun berulang-alik ke Thailand atau Singapura untuk bekerja
  • segala butiran yang anda perlu dibuktikan dengan dokumen yang sah dan SAHIH
  • bukti suami atau isteri telah meninggal dunia (SURAT KEMATIAN)
  • Bukti anda dapat kelayakan hak menjaga anak daripada mahkamah
  • BUKTI dokumen sijil penceraian dari Jabatan Agama
  • Islam Negeri / JPN / Mahkamah
  • dan lain-lain lagi

16) ANDA telah dikesan hantar duplikasi permohonan dek kerana bekas suami juga mengunakan nama anda dan anak-anak anda ketika permohonannya.

17) ANDA telah dikesan hantar duplikasi permohonan bkm disebabkan suami anda telah hantar permohonan bersama madunya (KES POLIGAMI).

18) ANDA merupakan seorang warga emas atau orang tua yang tidak hidup melarat atau sebatang kara.

19) ANDA tidak boleh hantar permohonan kerana ada orang lain telah mengunapakai maklumat diri anda dalam permohonannya.

(NOTA: masalah ini boleh selesai dengan syarat anda bawa bersama salinan pengenalan (Pasangan / Anak), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan) ke cawangan LHDN hasil terdekat untuk tujuan pengesahan.

20) ANDA mungkin telah kena tindakan senarai hitam dan blacklist untuk BKM oleh LHDN kerana telah beri maklumat palsu untuk permohonan BSH, BKC, BPN, BPR sebelum ini.

21) ANDA tidak kemaskini status perkahwinan terkini selepas kematian suami anda.

22) ANDA bukan merupakan warganegara Malaysia.

23) ANDA merupakan seorang orang kurang upaya tetapi tidak daftar nama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM.

24) ANDA berkahwin di luar negara dan masih lagi belum daftar perkahwinan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

25) ANDA merupakan seorang orang kurang upaya yang berumur bawah 19 tahun atau lebih 59 tahun.

26) ANDA memiliki pendapatan isi rumah secara kasar melebihi RM5,000 sebulan.

27) ANDA ada pasangan suami / isteri warga asing tetapi tiada bukti dokumen penting seperti Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan.

28) ANDA individu bujang berumur kurang 21 tahun walaupun gaji dan pendapatan anda bawah RM2500 sebulan.

29) ANDA sudah berkahwin TETAPI belum tukar status bujang ke berkahwin pun tak layak dapat bkm.

30) ANDA tidak kemaskini dan update ‘Pendapatan Kasar Bulanan’ yang mana ramai berjaya kesan ia bertukar 0. Jadi sila hati-hati!.

31) ANDA sudah upload dokumen penting yang diperlukan secara online TETAPI anda tidak serahkan salinan dokumen di pejabat cawangan LHDN yang terdekat dengan anda.

BKM Tidak Layak Lulus Untuk Tanggungan Anda, Jika.

Anda TIDAK LAYAK dapat tambahan duit bkm melibatkan anak anak anda atau tanggungan anda, jika anda tidak mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah ini, bermakna anda tak dapat.

32) ANDA mempunyai anak angkat TETAPI tidak daftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

33) ANDA mempunyai anak TETAPI tidak daftar dengan JPN.

34) ANDA mempunyai anak yang berumur 19 tahun dan ke atas TETAPI tidak sambung belajar di mana-mana universiti awam di Malaysia / IPTS swasta di Malaysia.

35) ANDA mempunyai anak TETAPI anak anda sudah pun mempunyai gaji dan pendapatan sendiri.

36) ANDA mempunyai anak yang bukan memegang status OKU.

Duplikasi permohonan BKM.

Jangan sesekali buat BKM duplikasi permohonan, jika anda tidak mahu permohonan anda ditolak.

NOTA: Untuk makluman semua untuk tahun lepas iaitu tahun 2021, hampir 1.1 juta tidak layak BPR dan BKC atau termasuklah yang mengalami pelbagai masalah dek kerana senarai masalah ini. Jadi jangan ulangi kesilapan-kesilapaan seperti di atas.

Ikut ARAHAN yang diberikan & isi dengan betul maklumat yang diperlukan selengkapnya, Insyalllaah permohonan DIPERMUDAHKAN!

FAQ Senarai Tidak Dapat BKM

1. Benarkah penerima gkp tidak layak dan tak dapat bkm.

Jangan risau. Permohonan anda akan diproses semula secara automatik samada anda layak atau tidak dapat BKM 2022 kali ini.

Baca Juga : LHDN masih buka kaunter perkhidmatan BKM seluruh negara setiap hujung minggu
Wanita ini sudah 21 tahun tak makan nasi, ini apa yang berlaku pada dirinya
Rahsia daun kari yang tak ramai tahu, rambut kekal hitam tanpa uban