3 planet baharu ditemui berhampiran bumi, miliki sumber air

planet

3 planet baharu ditemui berhampiran bumi, miliki sumber air. Kumpulan astronomi dari Pemantau Angkasa Lepas Eropah (ESO) mendakwa menemukan tiga planet baharu yang kedudukannya berhampiran dengan Bumi.

Lapor Forbes, ketiga-tiga planet itu dikatakan mempunyai sumber air menyerupai planet Zuhrah, Utarid dan Marikh.

Ketiga-tiga planet itu dikesan dengan menggunakan Very Large Telescope (VLT) milik ESO, selain diketahui mempunyai jarak 35 tahun cahaya (light years) dari Bumi.

Maria Osorio dari Pusat Atrobiologi di sini berkata, planet yang terletak dalam zon boleh dihuni mungkin memiliki atmosfera yang dapat melindungi dan menyokong kehidupan.

planet

“Berdasarkan pemerhatian, ketiga-tiga planet baharu tersebut mempunyai air di dasar dan atmosferanya.

“Planet paling dekat dengan matahari dikenali sebagai L- 98-59a yang mempunyai separuh daripada jisim Zuhrah, manakala dua lagi planet yang ditemukan adalah L 98-59a dan L 98-59c,” katanya.

Planet ketiga iaitu L 98-59c didakwa mengandungi 30 peratus air.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/saintis-temukan-tiga-planet-baharu-berhampiran-bumi/

BACA: Panas !!! MP ingkar arahan MKT Umno bakal diganti calon lain PRU15

Artikel ini disiarkan pada 11/08/2021