2,500 guru tak boleh mengajar kerana enggan divaksin, bakal dapat tugasan lain

Oleh MHDAILY

2,500 guru tak boleh mengajar kerana enggan divaksin, bakal dapat tugasan lain.Kesemua 2,500 guru yang menolak pemberian vaksin akan diberi tugasan lain di sekolah setelah tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas dan berinteraksi dengan pelajar apabila sekolah dibuka pada bulan depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, dakwaan mengatakan guru-guru tersebut hanya goyang kaki serta dibenarkan bekerja dari rumah adalah tidak benar.

“Kalau ada yang mengatakan mereka tidak ada kerja hendak dibuat, itu tidak betul. Di sekolah ada banyak perkara lain yang perlu dilaksanakan dan mereka akan diberikan tugasan itu.

Baca Artikel Penuh