25 Adun BN solid sokong Saarani sebagai MB, sudah tandatangan SD

Semua ADUN Barisan Nasional (BN) Perak sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan kesepakatan menyokong Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sumber UMNO Perak memberitahu SuaraTV bahawa 25 orang ADUN BN telah pun membuat keputusan menandatangani SD menyokong Saarani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak sebagai Menteri Besar.

“Semua ADUN BN Perak sokong Saarani jadi Menteri Besar baharu.

“25 ADUN BN sudah tandatangan SD,” kata sumber dalam tersebut.

Maka, bertebaranlah khabar angin nama-nama pemimpin yang bakal naik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu, tidak terkecuali juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir.

Bagaimanapun, Zambry dilaporkan menafikan spekulasi beliau bakal menerajui Perak sekali lagi.

Difahamkan Saarani bakal menjadi Menteri Besar atas sokongan PKR dan DAP.

Menurut sumber Saarani telah mempunyai sekurang-kurangnya 32 akuan bersumpah (SD) dari Adun BN, PKR dan DAP bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar.

Berita penuh : https://suara.tv/04/12/2020/25-adun-bn-tandatangan-sd-sokong-saarani-mb-perak-baharu/

COMMENTS

Wordpress (0)