2022 tahun dijangkiti semula Covid-19, ini pendedahan pakar

2022 tahun dijangkiti semula Covid 19 ini pendedahan pakar

2022 tahun dijangkiti semula Covid-19, ini pendedahan pakar. Pakar kesihatan menyifatkan 2022 sebagai tahun dijangkiti semula dengan wabak COVID-19 berikutan pengesanan varian membimbangkan Omicron BA.4 dan BA.5.

Pakar Epidemiologi dan Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Fakulti Perubatan di Universiti Malaya, Prof Dr Noran Naqiah Mohd Hairi, berkata terdapat ramai individu dijangkiti semula kali kedua atau ketiga.

Katanya, jumlah itu akan terus bertambah terutamanya dengan penularan Omicron varian BA.4 dan BA.5 dan berkemungkinan untuk dijangkiti semula dengan salah satu varian Omicron bagi setiap dua hingga tiga minggu boleh berlaku.

“Omicron varian BA.4 dan BA.5 adalah lebih berjangkit daripada varian dan subvarian COVID-19 sebelumnya. Malah ia lebih berupaya mencegah pertahanan imun yang disebabkan oleh vaksin atau oleh jangkitan semula jadi.

“Disebabkan itu, walaupun seseorang itu sudah dijangkiti oleh Omicron sebelum ini, mereka masih boleh dijangkiti sekali lagi dengan Omicron varian BA.4 atau BA.5.

2022 tahun dijangkiti semula Covid-19, ini pendedahan pakar

“Penularan COVID-19 bukan seperti selesema kerana setiap jangkitan boleh menjejaskan sistem imun seseorang individu. Malah, risiko long COVID juga meningkat dengan setiap jangkitan.

“Jangkitan semula memudaratkan sistem imun badan dan meningkatkan risiko kemasukan ke hospital serta kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mengambil ringan jangkitan akibat wabak COVID-19 memandangkan dua subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 kini merebak dengan pantas.

Beliau berkata, kini lebih 110 negara sudah merekodkan peningkatan kes COVID-19 yang didorong oleh dua subvarian berkenaan.

Katanya, selain Malaysia, negara jiran seperti Singapura dan Indonesia turut mengalami peningkatan kes.

Dalam pada itu, Dr Noran berkata sekiranya bilangan kes terus menunjukkan peningkatan, ia akan menyebabkan kemasukan ke hospital dan berkemungkinan jumlah kematian turut meningkat.

“Berapa banyak kemasukan ke hospital atau kematian yang akan berlaku, ia tidak dapat dipastikan. Tetapi adakah ia akan menjadi seperti gelombang Delta (2021) atau gelombang Omicron pada awal tahun ini?

“Apa yang dilihat kini juga adalah, dengan setiap jangkitan COVID-19, ia tidak memberikan imuniti. Bukti terkini menunjukkan bahawa jangkitan kedua akan menggandakan risiko kematian, pembekuan darah dan kerosakan paru-paru.

“Ia juga meningkatkan risiko kemasukan ke hospital sebanyak tiga kali ganda, dengan kemungkinan gelombang kes baharu yang semakin meningkat, saya menggesa orang ramai untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga.

“Elakkan diri dan keluarga daripada dijangkiti. Pastikan pelitup muka sentiasa digunakan. Pengudaraan dan penapisan yang lebih baik di sekolah dan tempat kerja. Elakkan dari berada di kawasan yang sesak. Pastikan vaksinasi anda lengkap. Sekiranya tidak sihat lakukan ujian COVID-19,” katanya.

Tambahnya, penularan COVID-19 bukan seperti selesema kerana setiap jangkitan boleh menjejaskan sistem imun seseorang individu. Malah, risiko long COVID juga meningkat dengan setiap jangkitan.

“Jangkitan semula memudaratkan sistem imun badan dan meningkatkan risiko kemasukan ke hospital serta kematian,” katanya.

BACA:

Ibu tak sedar bayinya positif Covid, badan sejuk tak bangun, akhirnya meninggal..

Waspada, kes dan kematian Covid-19 naik mendadak tiba-tiba

Ingatkan kesan dari vaksin Covid-19, sekali rupanya kayap

CATEGORIES