20,089 pesakit positif Covid-19 sedang kuarantin di rumah – Dr Noor Hisham

Kementerian kesihatan berkata, sejumlah 20,089 pesakit Covid-19 sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah, ketika ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6,016 daripadanya berada di Johor dan 5,258 di Selangor.

Terdapat 4,489 pesakit yang menjalani kuarantin di Kuala Lumpur dan Putrajaya, diikuti oleh Melaka (968), Perak (936), Kelantan (731), Negeri Sembilan (607), Pulau Pinang (531), Pahang (229), Terengganu (155) , Kedah (116), Perlis (27), Sabah (23) dan Labuan (3).

Noor Hisham menambah, tidak ada pesakit yang menjalani kuarantin kendiri diri di Sarawak, kerana hospital negeri dan pusat rawatan kuarantin dan berisiko rendah masih mampu menerima pesakit kategori 1 dan 2.

Katanya, semua pesakit sedang dipantau oleh Pusat Penilaian Covid-19 masing-masing. Terdapat sejumlah 152 pusat sedemikian di seluruh negara, yang setakat ini telah memantau 60,052 orang.

Semua pesakit di rumah dikehendaki memakai gelang tangan sepanjang tempoh kuarantin selama 10 hari. Mereka juga perlu melakukan penilaian kendiri melalui alat penilaian rumah yang disediakan oleh pusat penilaian dan aplikasi mudah alih MySejahtera.

Penubuhan pusat penilaian dibuat setelah jumlah kes Covid-19 di negara ini meningkat, menyebabkan hospital dan pusat berisiko rendah tidak mampu lagi menampung pesakit kerana perlu menguruskan mereka yang positif Covid-19.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/10/lebih-20000-pesakit-dikuarantin-di-rumah-kata-noor-hisham/