20 juta penduduk Perancis kini sudah dapat dos pertama vaksin covid-19

20 juta penduduk Perancis kini sudah dapat dos pertama vaksin covid-19

Perancis mencapai sasaran selesaikan 20 juta suntikan awal dos vaksin COVID-19 bagi penduduknya.

Ia dicapai beberapa hari menjelang pembukaan semula restoran, seiring dengan keputusan kerajaan yang mahu menarik balik semula perintah berkurung di seluruh negara itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, ketika mengumumkannya, berkata angka yang dicapai mewakili sekitar 30 peratus penduduk negara itu.

Menurut Macron, kerajaan menyasarkan untuk memberi dos suntikan pertama menjelang 15 Jun.

Katanya, semua golongan dewasa boleh mendaftar untuk menerima suntikan vaksinasi yang dikhususkan buat kumpulan diutamakan dan orang dewasa berusia lebih 50 tahun.

Perdana Menteri, Jean Castex, pula berkata hampir sembilan juta orang sudah melengkapkan penerimaan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

“Ini adalah saat yang sangat penting bagi seluruh negara kerana ia menyokong prospek kita untuk menamatkan krisis ini.

“Ini dapat dicapai,” katanya kepada wartawan ketika melawat tapak vaksinasi di Pusat Persidangan Porte de Versailles di Paris.

Dengan pelaksanaan program vaksinasi di negara itu, pihak berkuasa melaporkan terdapat penurunan ketara angka pesakit yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

Pada Rabu lalu, muzium, teater, panggung wayang dan dewan konsert akan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti terhad selepas enam minggu ditutup bagi mengekang penularan wabak pandemik.

Perintah berkurung seluruh negara yang sebelum ini berkuatkuasa pada jam 7 malam akan dilanjutkan sehingga jam 9 malam.

Kedai yang tergolong dalam perkhidmatan tidak perlu turut dibenarkan beroperasi semula termasuk makan di luar kafe dan restoran, selepas beberapa kali diarah ditutup sejak 30 Oktober lalu.

Kafe dan restoran juga boleh menyajikan pelanggan mereka dalam premis mulai 9 Jun dan perintah berkurung akan ditarik sepenuhnya pada 30 Jun sekiranya kadar jangkitan terus menunjukkan penurunan.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/05/817154/perancis-capai-sasaran-vaksin-20-juta-penduduk