2 MP berpaling tadah : PKR bermesyuarat petang ini

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan mengadakan mesyuarat pada jam 2 petang tadi.

Menurut laporan Astro Awani, difahamkan bahawa notis mesyuarat yang dilakukan secara dalam talian itu baharu dikeluarkan pada pagi Ahad.

Laporan tersebut menyatakan bahawa sumber dalaman PKR memaklumkan antara isu yang dijangka dibangkitkan dalam mesyuarat itu adalah keputusan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng yang meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak dan keluar parti.

Selain itu, isu lain yang dikatakan turut akan diperbincangkan di dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah mengenai dakwaan tindakan keluar parti oleh Ahli Parlimen Tebrau, Stephen Choong dan kemelut hubungan antara PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pada Sabtu, Larry melalui satu sidang video telah mengumumkan peletakan meletak jawatannya sebagai Ketua Parti Keadilan (PKR) Sarawak.

Pada hari yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim daripada Amanah mengesahkan beliau sudah menyertai PKR.

Turut didakwa bersama-sama dalam tindakan tersebut adalah dua lagi ADUN Johor daripada Amanah iaitu Dr Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota).

Susulan daripada itu, beberapa orang pimpinan pusat dan akar umbi Amanah telahpun mengeluarkan kenyataan yang mengkritik PKR atas tindakan parti tersebut menerima permohonan daripada ahli parti komponen lain yang berada di dalam Pakatan Harapan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/126126/BERITA/Politik/MPP-PKR-adakan-mesyuarat-petang-ini

COMMENTS

Wordpress (0)