2 minggu bersalin dicerai suami, wanita cuba terjun bangunan

2 minggu bersalin dicerai suami, wanita cuba terjun bangunan.

Berpantang merupakan tempoh yang sukar bagi si ibu yang baru melahirkan anak memandangkan mereka mengalami perubahan emosi, fizikal dan dalam masa yang sama perlu menjaga bayi baru lahir.

Sokongan dari segi mental dan fizikal daripada suami amat diperlukan pada saat ini agar dapat membantu mereka mengharunginya dengan baik.

Namun begitu, berbeza pula dengan kisah seorang wanita ini yang mengalami gangguan emosi sehingga nekad untuk menamatkan nyawanya dengan cara terjun dari bangunan rumahnya.

Emosi terganggu gara-gara suami

minggu

Mujurlah tindakannya ingin terjun bangunan itu sempat dihalang oleh jiran tetangga sebelum pihak bomba datang bagi menenangkan keadaan.

Apabila disiasat mengapa dia bertindak sedemikian, wanita itu bercerita dia dijatuhkan talak oleh suaminya sendiri biarpun baru sahaja melahirkan anak ketiga secara pembedahan caesarean pada 2 minggu lalu.

Suami lari & bawa anak sulung

Bukan setakat itu sahaja, si suami juga tergamak lari meninggalkannya dan membawa anak sulung mereka sambil menaiki kereta milik wanita itu.

Perkongsian video oleh pengguna TikTok @sufri_jamaluddin ini telah meraih perhatian ramai dan sehingga kini mencatat lebih 400,000 tontonan.

@ales_hensemReply to @muhammadzikry797 #budaktebing #viral #fypage #fypシ

♬ kukira mau temenan ternyata pansos doang – YT : Ikyy Pahlevii

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib malang wanita terbabit dan mereka berharap agar ahli keluarga atau jiran boleh menjaga serta mengawasinya.

Tak boleh tinggalkan dia sendirian

Harap ada yang datang membantu

Isterimu pernah bertarung nyawa lahirkan anak

Orang bersalin emosi tak kuat

Berilah hukuman setimpal buat lelaki macam ni

Berita Penuh : https://ohmymedia.cc/baru-2-minggu-bersalin-diceraikan-suami-wanita-tertekan-cuba-terjun-bangunan/

BACA JUGA : PPV boleh buka tapi parlimen tangguh?, soal Najib

COMMENTS

Wordpress (0)