2 lelaki Islam kantoi beli nombor ekor, ditahan penguatkuasa

Oleh MHDAILY

Dua lelaki Islam yang sedang membeli nombor ramalan di dua premis judi di sini, ditahan dalam operasi Pejabat Agama Daerah Manjung, semalam.

Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung Khairul Nizam Mat Nor berkata, keduanya yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan dalam pemeriksaan di premis itu bermula 4 petang hingga 7 malam.

Menurutnya, lokasi berkenaan menjadi tumpuan kaki judi beragama Islam sebelum ini dan operasi dilakukan untuk membanteras kegiatan perjudian dalam kalangan umat Islam.

Baca Artikel Penuh