Krisis Perlembagaan :19 Julai sesuai persidangan parlimen

Oleh MHDAILY

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh terus berlengah mengadakan Mesyuarat Khas Kabinet untuk memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai ini atau berdepan kemungkinan berlakunya krisis Perlembagaan.

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, masa semakin suntuk untuk Muhyiddin mengadakan Mesyuarat Khas Kabinet bagi memanggil sidang Parlimen memandangkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat memerlukan notis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum persidangan bermula.

“Perkara ini bermakna esok 20 Jun 2021 adalah tarikh akhir untuk Perdana Menteri memanggil sidang Dewan Rakyat pada 19 Julai dengan menghormati peruntukan Peraturan Mesyuarat ini,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Baca Artikel Penuh