14 hari adalah cubaan ugut kerajaan PN, kata pemimpin Bersatu

14 hari adalah cubaan ugut kerajaan PN. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman menganggap tindakan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen di sebalik kontroversi mengenai tafsiran ke atas titah Yang di-Pertuan Agong sebagai ‘ugutan’ daripada ‘kluster Mahkamah’.

Katanya, ‘ugutan’ sedemikian pernah dibuat sebelum ini, cuma bezanya bahasa yang digunakan mengikut sentimen semasa.

.14 hari adalah cubaan ugut kerajaan PN

“Saya menganggap ini ugutan daripada ‘kluster Mahkamah’ dan juga para pengikut mereka. Tidak semua warga Umno itu pro-kluster Mahkamah. Ini ugutan yang entah kali ke berapa sejak Najib Razak dijatuhi hukuman bersalah pada 28 Julai 2020. Cuma alasan serta penggunaan bahasa mereka yang berbeza mengikut sentimen semasa.

“…sekarang mereka guna modal titah Istana Negara dan kenyataan Raja-raja Melayu berkenaan Parlimen. Mereka hanya fokus nasihat mengenai pembukaan Parlimen saja, bukannya kestabilan politik atau usaha melawan Covid-19 yang turut diseru oleh Agong,” katanya kepada FMT.

Faiz berkata, Bersatu dari awal konsisten mahu Parlimen dibuka seawal mungkin berdasarkan sasaran kadar vaksinasi, penurunan drastik kes Covid-19, persiapan SOP serta peraturan dan sistem baharu untuk merealisasikan persidangan secara maya atau hibrid.

“…dan jangkaannya berdasarkan situasi semasa adalah dalam September atau Oktober, yakni setelah darurat tamat 1 Ogos nanti,” tambah beliau.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, “cadangan” Agong akan dilaksanakan mengikut undang-undang.

“Kita hormat titah dicadangkan Agong dan tindakan akan dilaksana berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Zahid mendesak kerajaan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari bdengan berkata, pemerintah tidak perlu “berdolak-dalik lagi” dengan istilah “secepat mungkin” dan “segera”.

Katanya, kegagalan kerajaan mematuhi titah itu dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-raja.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/21/14-hari-cubaan-terbaru-kluster-mahkamah-ugut-kerajaan-kata-pemimpin-bersatu/

COMMENTS

Wordpress (0)