12 hari alami sakit kepala, rupanya gigi terbenam dalam tengkorak

Oleh MHDAILY

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun terpaksa menanggung sakit kepala selama 12 hari selepas kepalanya cedera digigit rakan sebaya ketika bermain bola.

Lebih memeritkan, satu daripada gigi rakannya turut β€˜terbenam’ dalam tengkoraknya.

12 hari alami sakit kepala, rupanya gigi terbenam dalam tengkorak

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Lapor Daily Mail, remaja lelaki itu pada mulanya tidak mendapatkan rawatan selepas digigit rakannya sehinggalah lima hari kemudian selepas dia mengadu luka di kepalanya semakin sakit.

Ibu bapa remaja itu kemudiannya membawa dia ke hospital dan doktor mendapati luka sepanjang 5 sentimeter (cm) di bahagian kanan kepalanya sudah bernanah, selain dia juga mengalami demam kuat.

Doktor memberikan antibiotik dan ubat demam kepada remaja tersebut, namun keadaannya hanya stabil selama 24 jam sebelum merasai kesakitan semula.

Lapan hari selepas itu, remaja itu sekali lagi dibawa ke hospital dan hasil imbasan mendapati ada sebatang gigi terbenam pada tengkoraknya, sekali gus menjawab persoalan kepada kesakitan yang dialaminya selama ini.

Pasukan perubatan segera melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan gigi tersebut dan remaja lelaki itu dibenarkan keluar wad dua hari kemudian.

BACA JUGA :Β Boleh didakwa jika cerita lucah di tempat awam
Isu Freemasons beri bantuan pelindung muka, ini respon Ketua Polis Perak