113 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Langkawi semalam

Langkawi

Pulau ini merekodkan sebanyak 113 kes positif baharu Covid-19 membabitkan penularan tempatan pada hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi Dr Mansor Ismail berkata, semua kes yang direkodkan adalah hanya membabitkan penduduk tempatan dan tiada pelancong terbabit.

“Mukim Kuah mencatatkan jumlah kes positif baharu tertinggi dengan 41 kes, diikuti Kedawang (24) dan Padang Matsirat (17).

113 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Langkawi semalam

“Ia disusuli Mukim Bohor dengan 13 kes baharu hari ini, Ayer Hangat (10) dan Ulu Melaka (lapan),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, angka itu menjadikan kini terdapat 475 kes aktif di seluruh pulau legenda itu dan jumlah kumulatif sejak wabak Covid-19 menular mencecah 5,097 dengan 68 kematian.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/759931/langkawi-catat-113-kes-baharu-covid-19-hari-ini

BACA JUGA : Panas !!! Ku Li dedah Umno tak bersungguh mahu putuskan hubungan dengan Bersatu

COMMENTS

Wordpress (0)