11 pengakap maut ketika bersihkan tebing sungai

Oleh MHDAILY

11 pengakap maut ketika bersihkan tebing sungai.Seramai 11 orang pelajar mati lemas manakala dua lagi berada dalam keadaan kritikal selepas mereka terlibat dalam insiden ketika sedang membersihkan tebing sungai di Bandung, Indonesia, pada Jumaat.

Menurut laporan The Straits Asia, kira-kira 150 anggota kumpulan pengakap berusia 13 hingga 15 tahun itu berjalan di sepanjang Sungai Cileuleur ketika kejadian tersebut berlaku.

Difahamkan, seramai 21 pelajar cuba menyeberang sungai tersebut sebelum lemas, namun, 10 orang lagi selamat selepas penduduk tempatan yang berada berhampiran berjaya menyelamatkan mereka.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

โ€œDua pelajar berada dalam keadaan kritikal di hospital, sementara 11 orang ditemui mati,” kata Supriono – pegawai pasukan mencari dan menyelamat Bandung kepada AFP.

Setakat ini, pihak berkuasa masih menyiasat isiden berkenaan dan berusaha untuk memastikan semua yang terlibat dalam kemalangan itu bertanggungjawab terhadapnya.

Difahamkan, pelajar tersebut berjalan kaki dan membersihkan tebing sungai meskipun ada amaran daripada pihak berkuasa tempatan supaya tidak melakukan aktiviti tersebut.

Untuk rekod, aktiviti di sungai untuk kanak-kanak dan remaja adalah dilarang terumanya semasa musim hujan yang biasanya bermula pada akhir November.

Februari tahun lepas, seramai 10 pengakap maut selepas mereka dihanyutkan banjir kilat yang turut menyebabkan lebih 20 orang cedera.

BACA:ย Kes Adib :โ€œApa pasal PAS nak masuk campur? Ia tanggungjawab pihak berkuasaโ€