10,000 ayam dibekal kerajaan Selangor bermula 1 Jun

10,000 ayam dibekal kerajaan Selangor bermula 1 Jun. Kerajaan Selangor akan membekalkan 10,000 ekor ayam sehari menerusi Program Intervensi Ehsan bagi menampung permintaan ayam di pasaran bermula 1 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, kerajaan negeri telah bersetuju akan meneruskan program intervensi yang telah dilaksanakan pada Februari lalu sehingga Hari Raya Aidil Adha depan.

Izham melawati beberapa gerai jualan program Hari Inovasi Pertanian Selangor dan Selangor Agro Green 2022 di Pejabat Pertanian Daerah Gombak di sini hari ini.
Menurutnya, inisiatif itu akan dilaksanakan dengan kerjasama antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), dengan pembukaan sebanyak 67 outlet di seluruh negeri.

“Kita ada 67 outlet di seluruh negeri Selangor dengan pengeluaran sebanyak 4,000 ekor ayam sehari namun kita akan meningkatkan pengeluaran ayam kepada 10,000 ekor ayam mentah sehari, perkara itu masih dalam proses dan di peringkat akhir perbincangan.

“Ia bagi menampung kekurangan bekalan ayam di pasaran sekarang ini, dan inisiatif itu akan bermula 1 Jun ini sehingga Aidil Adha nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Hari Inovasi Pertanian Selangor dan Selangor Agro Green 2022 di Pejabat Pertanian Daerah Gombak di sini hari ini.

10,000 ayam dibekal kerajaan Selangor bermula 1 Jun

Baca Artikel Penuh