100 makanan terbaik di seluruh dunia, karipap berada di tangga ke-5

Karipap naikkan nama Malaysia berada di tangga ke-5 kalahkan Croissant dan Kunafa.

Kuih kegemaran rakyat Malaysia ialah karipap yang mana pastrinya pilihan ramai terutamanya untuk sarapan.

Baru-baru ini, TasteAtlas telah mengeluarkan senarai 100 pastri terbaik di seluruh dunia menerusi laman web mereka, dan karipap menduduki tangga ke-5 dalam senarai berkenaan.

100 makanan terbaik di seluruh dunia, karipap berada di tangga ke-5

Malah karipap telah menerima skor tinggi iaitu 4.6 daripada 5. Kuih karipap yang diisi dengan kari ayam dan kentang sebelum digoreng itu berjaya menewaskan hidangan pastri popular dunia seperti Croissant dan Kunafa.

Menurut Atlas, hidangan kuih karipap ini dipercayai berasal dari Malaysia, Borneo dan Sumatera dan ia merupakan hidangan ‘popular’ untuk sarapan pagi atau snek petang.

Baca Artikel Penuh