100 hari pentadbiran Ismail Sabri, rakyat dapat kenaikan harga barang

Sudah menjangkau 100 hari sejak perlantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baru, namun apa kejayaan besar yang boleh kita bangga-banggakan?

Apakah pencapaian kerajaan baru yang gemilang yang boleh kita wal-walkan yang secara langsung memanfaatkan rakyat?

Rakyat jelata menjadi saksi kepada keperitan hidup dan kesengsaraan berdepan dengan keadaan pentadbiran negara yang caca marba.

100 hari pentadbiran Ismail Sabri, rakyat dapat kenaikan harga barang

Bukan sahaja akibat pergelutan kuasa dan politik yang tidak kehabisan, malahan juga kemungkinan besar malapetaka kesihatan yang kembali apabila rakyat terpaksa berdepan dengan serangan gelombang baru wabak Covid19 yang dibawa oleh kes varian baru Omicron di Malaysia.

Tambahan pula dengan tekanan hidup yang meluap-luap akibat kenaikan harga barang asas dan keperluan yang mengila, yang terus menambahburukkan kehidupan rakyat jelata khususnya golongan B40.

Akar umbi yang hidup merana di bawah kerajaan gagal tetapi golongan pemerintah dan bangsawan terus hidup di kayangan dengan kemewahan dan kesenangan.

PRN demi PRN terus dilaksanakan walaupun dibantah kuat dan dihadapi dengan rintihan rakyat yang mengeluh dalam kesusahan.

Setiap PRN pergelutan kuasa hanya membazir dana dan duit rakyat sedangkan rakyat di bawahan hidup susah dan cuma meminta nafkah hidup meminta sedekah sesuap nasi.

Ternyata sekali, slogan kata “Keluarga Malaysia” adalah gagal sebagaimana gagalnya kerajaan Ismail Sabri atau kerajaan sebelumnya.

Ironinya, penterjemahan slogan kata ini yang lebih tepatnya bermaksud “Keluarga Melayu Kaya, Keluarga Rakyat Menderita” kerana kerajaan gagal membela nasib rakyat dan mendukung nadi rakyat tetapi hanya sibuk menjaga kepentingan mereka sendiri serta keluarga mereka sendiri atau kroni-kroni mereka sendiri.

BACA JUGA : Wajib ambil dos penggalak mulai 1 Februari
Wanita maut minum racun di kubur ayah kerana dipaksa gugur kandungan