10 website yang paling banyak dilayari rakyat Malaysia, no.6 tu ramai tengok sebelum tidur

Internet merupakan satu anugerah kerana melaluinya, manusia dapat berhubung dan mengakses maklumat dengan mudah.

Setiap hari, komunikasi melalui pelbagai aplikasi seperti Whatsapp, Facebook, dan lain-lain menjadi lebih mudah dengan bantuan internet.

Selain itu, produk-produk tradisional seperti surat khabar bercetak telah berevolusi menjadi portal berita dalam talian.

Buku fizikal kini juga boleh diakses dalam bentuk e-Book melalui teknologi internet.

Agensi kerajaan dan syarikat swasta kini turut menawarkan perkhidmatan secara dalam talian, memberi alternatif kepada perkhidmatan kaunter fizikal.

10 website yang paling banyak dilayari rakyat Malaysia, no.6 tu ramai tengok sebelum tidur

Baru-baru ini, syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web, mengeluarkan senarai laman sesawang yang kerap dilayari oleh rakyat Malaysia pada Februari 2024.

Sebelum membincangkan data yang dikeluarkan oleh Similar Web, mari kita fahami apa itu laman sesawang. Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat, laman sesawang adalah sebuah dokumen elektronik yang terdapat pada paparan skrin komputer dan biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, dan lain-lain.

Kandungan yang dipaparkan berkaitan dengan institusi, organisasi, persatuan, individu, dan lain-lain yang boleh diakses dengan menggunakan internet.

Menurut Website Rating, terdapat 1.13 bilion laman sesawang yang wujud ketika ini, tetapi hanya 82% daripada jumlah tersebut yang kekal aktif.

Beralih kepada senarai laman sesawang yang paling kerap dilayari oleh rakyat Malaysia pada Februari, Similar Web mendapati Google.com menduduki tempat pertama. I

ni tidak menghairankan kerana Google.com merupakan enjin carian utama yang digunakan oleh orang ramai setiap hari untuk mencari maklumat di internet.

Youtube.com dan Facebook.com mengisi kedudukan kedua dan ketiga. Dua laman sesawang ini juga popular di peringkat global.

Whatsapp berada di tangga keempat diikuti oleh Instagram, Shopee, dan Twitter. Maybank2U, TikTok, dan Yahoo juga termasuk dalam senarai in

BACA: “Patutlah mak tak nak bahagi harta arwah ayah cara faraid, semuanya berpunca dari abang aku yang sulung”